Saturday, May 30, 2009

wut ever~

bila bersuara dikatakan nista
bila berdiam dikatakan berahsia

bila bersahaja dikata sombong
bila tersenyum dikatakan sinis

dunia tidak pernah puas
dunia sukar mengerti

sebenarnya dunia sengaja
sebab dunia melaungkan
bahawa dia ada hati yang perlu dituruti
damn!

Friday, May 29, 2009

Merahnya Darah

Itu yang kuperlu..

*starry*

Thursday, May 28, 2009

cepat la bersinar bintangku

ni syair tau..


ini lah kisaaaaaaaaaaah..
bintang yang bersinaaaaaaaar..
menerangi langiiiiiiiit...
yang gelap gelitaaaaaaaa..

yang kini sunyiiiiiii..
tiada cahayaaaaaaaaa...
malam ku hening..
cepatlah bersinaaaaar..


hati, kau tak nampak

* jangan kata kau sayang kalau kau tak mampu nak berkorban.
* jangan kata kau sanggup kalau kau sendiri tak berani.
* aku dah sedia sakit, jangan kau sakit kan lagi.
* aku dah sedia untuk jatuh tapi kali ni bukan bersama kau.
* jangan hanya kau kasihan kau masih bersama.
* pergilah, ingat, sayang itu bukan segalanya.
* ikhlas itu terutama. hati yang tak kelihatan, itu yang kita nampak.



Monday, May 25, 2009

the best of times

remember days of yesterday
how it flew so fast
the two score and the year we had
i thought would always last

i'll always remember those were the best of times
a lifetime together, i'll never forget


Engkau Terindah

kasih..
indahnya kau tiada tandingan
biar berjuta manusia hebat dicanang
kau tetap kesayangan

kasih..
sayang yang pernah kau tabur, masih hangat
malah makin segar seiring degupan nadi
mekarnya indah, walau hanya dalam memori

kasih..
hatiku tak pernah sedetik pun rela kau pergi
tapi aku tetap pasrah ketentuan Ilahi
kau anugerah terindah yang pernah aku miliki
kau adalah erti rindu abadi

kasih..
kau mengalir di dalam darah
kau harum dalam setiap hela nafas
kau wujud dalam setiap senyuman
kau turut pada setiap langkah
kau belai di sudut angin bertiup
kau hadir pada setiap gerakan

kasih..
tiada lelaki lain yang bertakhta
kau cinta ku sampai bila2
belum puas ku menagih kasih mu
hadir mu dalam mimpi tanda kau di jiwa

ayah..
selamat hari jadi
semoga sentiasa dirahmati Ilahi
dari anak mu yang sentiasa merindui
doa anak mu sentiasa mengiringi

Al-Fatihah~
Haji Jalaluddin Bin Haji Isa - 25 Mei 1945

-damira anak ayah

Sunday, May 24, 2009

noda noda keterlanjuran

buat makhluk tuhan paling seksi di balik busut semut.

aku telah terlanjur
terlanjur ku tanpa dosa
terlanjur ku tanpa noda
terlanjur ku tidak ke neraka

mataku terlanjur
melirik kecil bingkisan wajahnya
lidahku terlanjur
walau bicara beku kutub utara

biar kekunci itu menari sepi
biar hati ku berbicara sendiri
biar angan ku mengulit mimpi
biar coretan itu ku baca berulang kali

keterlanjuran itu indah
keterlanjuran itu anugerah
keterlanjuran itu memahami
keterlanjuran itu syurga duniawi

terlanjur ku berikan degup jantung ku..
terlanjur ku berikan suci jiwa ku...
terlanjur ku berikan merah cinta ku...
biarkan aku menari walau kau tetap buat tak reti...

neskepigol.24may.09.

pagi itu kita terjaga

adakah mimpi ini akan berakhir?
bicara aku.

sehingga fajar menyinsing, ya.
bicara engkau.

khalayak berkata hidup itu seperti mimpi.
bicara aku.

dan kita bermimpi bersama-sama.
bicara engkau.

apa bisa terjadi bila kita berdua terjaga?
bicara aku.

kita sulam mimpi yang lain.
bicara engkau.

apa akan terjadi jika kita tidak terjaga pada terbitnya fajar yang sama?
bicara aku.

bukan masa pokok pangkalnya.
bicara engkau.

apakah tunjangnya?
bicara aku.

asalkan kucing kita gembira.
asalkan kita menyaksikan keindahkan.
asalkan burung-burung berkicauan.
asalkan aku cinta padamu.
asalkan kita bermimpi.
bicara engkau.


cream.sept.03

Friday, May 22, 2009

..maafkan aku..

hati ini keliru..
tidak..
lebih dari itu
hati ini menderita

inikah balasannya?
inikah yang harus aku pikul?
inikah dosanya?

bukan..
malah lebih dari itu
lebih teruk dari itu
ke manakah boleh ku halakan sakit ini?
apa yang ku lakukan supaya sakit ini hilang?

aku telah menyebabkan dia sedih
aku yang mencarikkan luka di hati dia
sakitnya lebih teruk dari rasa sakit di hati ini

mengapakan mulut ini begitu celupar
begitu senang melontarkan
kata-kata pedih..
hinggakan dia tersentak
bukan seketika..
bukan sejenak..
malah berdiam sepi tanpa bicara

ya, aku terasa pedih
tapi..
hati dia lebih pedih..
hati dia jauh lebih sengsara
maafkan aku..
maafkan aku..
beban menyakitimu lebih berat dari dosa di hati ini...

maafkan aku..

masih..! pelangi yang indah

tadi..
jiwa diranduk..
raga digasak..
hati dirasuk..

jadi..
mata memicing..
mulut mengomel..
tangan menghempas..

goyahnya diasak
tiada kuderat yang dikerah
tapi sakit menggigit jiwa
sabar hilang mulianya
hati meracau
jiwa menggila

"mira lihat pelangi"
ok.. aku ketawa..

takjub..
masih..! pelangi yang indah.. ok.. kau cantik..

-damira

Thursday, May 21, 2009

duniawi

mata, sinar berkaca.
tajam menerjah.
wajah Sakinah.

berikan Mawaddah.
dengan hati yang tulus.
tiada belah. tiada bahagi.

tunjuk kan lah Rahmah mu.
kerana kamu lemah segalanya.
hanya meminjam dunia sementara.

hinanya kamu, begitu juga aku dan sekalian.

Hujan

guruh berdentum
kilat menyabung
petir menyambar
langit gelap diliputi awan pekat
rintik membasahi
makin lama makin lebat
makin lama makin hebat

dingin mencengkam sekujur tubuh
layu, tidak bermaya
tercari cari arah dalam kebasahan
bumi semakin basah
parasnya makin meninggi

hujan turun dengan rahmatnya yang besar
basahilah bumi
turunlah lagi

yang ku damba basahan titismu
yang ku rindu bauan rumput selepas kau hadir

izinkan aku dingin dengan hawamu
izinkan aku berhibur dengan bunyimu
izinkan aku melirik kehebatan rintikmu

kerna aku pencinta kejadian mu

*bintang*

Wednesday, May 20, 2009

feel good~

kupandang ke langit
ingin ku gapai
tangan ku tahu kudratnya
tidak kugundah kerana itu
dongakkan kepala
pejamkan mata
senyumlah anggota

aku bukan yang paling hina
aku cuma manusia biasa
masih mencari bahagia
landasan itu.. aku atasnya..
aku senyum
atas sebab yang sama..

-damira

Senja

dalam malam itu.. ada putih..
dalam putih itu.. ada merah..
yang terbit pagi.. adalah jingga..
menyemai kemuncak tibanya panas..
masih perlu cerah memanggil samar..
ufuk suram menerjah ke barat..
sebelum tibanya gelap..
hanya sedetik dalam sehari..
itulah senja..


Biarkan Bintang Menari

sebak jiwa
menahan rasa
tercalit luka
perit terasa

tak daya merasakan
tak berkuasa menghentikan

harus kurempuh jua
meski sesak di dada

temani aku
hiburkan aku
bangunkan aku

lepas bebaskan diriku
biarkan aku menari dengan caraku
dan melupakan segala yang berlaku

*bintang*

Intro

Salam Intro (bukan Retro) dari kami.

Halo semua.... Memperkenalkan blog chiziwizi. Blog di mana kita semua meluahkan segala bakat terpendam yang ada. Mengapa chiziwizi? Biarlah!!

Puisi?
Sajak?
Pantun?
Syair?
Cerpen?

Jom lah menulis.


Maka, serangkap pantun dari - starry nakal yg cute:


kalau kawan kawan ke pulau tahiti
belikan saya sejambak gasing
wahai kekawan jom share suara hati
tunjukkanlah kreativiti memasing

xoxo
starry~


Serangkap gak dari aku (idea pukul 1.30 pagi, harap maklum) - Mira Damira

assalamualaikum pembuka bicara,
terdampar ruang penghuni hati,
hanya menuntut hati dan rasa,
chiziwizi ruang menanti