Wednesday, July 29, 2009

kiri kanan



kiri kanan
sering berteman
riang gelak berkala
memecah sunyi
yang cuba menyelit

alangkah indahnya kita
kiri kanan
sering berteman
lupa pada merahnya mata
semalam
lupa pada dendam membuku
kelmarin

sedarkah kita
betapa bertuahnya kita
sedarkah kita
betapa huduhnya dunia di luar
sedarkah kita
bahawa kite sedang
dipagarkan dengan angan-angan

tapi kadang kala
mimpi itu perlu
angan-angan itu perlu
hargailah dunia kita
hargailah laman kita
sedang ia masih dipagar
sedang ia masih cantik terhias

kerna
kiri kanan kita
sebenarnya runtuh
dimamah usia
ditelan duniawi
dikunyah material
ditenyeh oleh daging busuk
bernama hati.


*notakaki: ilham puisi ni dari status anys pongponggurl >:)

Wednesday, July 22, 2009

sunyi

apa yang telah berlaku
mengapa sayup, mengapa sepi
tidak aku, aku tak mengerti
ah! perlu aku abaikan
ambil yang indahindah